Tuesday, March 23, 2010

Monday, March 22, 2010

Hipnosis Diri Sendiri

Anda digalakkan berlatih sebanyak 2 kali sehari selama 15 minit hingga 20 minit untuk setiap sessi. Latihan lebih berkesan jika dilakukan pada waktu pagi. Pilihlah waktu yang paling baik sesuai dan baik untuk melakukan latihan dan jangan dilakukan ketika anda sedang penat dan fikiran tidak tenang kerana latihan anda akan lebih kepada untuk TIDUR.

"Self-hypnosis" sangat berkesan jika dilakukan ketika anda benar-benar dalam keadaan terjaga.

Jika anda bangun dari tidur dan merasa diri segar (fresh) pada pagi hari, maka mulalah latihan sebelum beranjak dari tempat tidur. Lihat sekiling samada anda terganggu oleh pasangan anda, anak-anak atau apa-apa saja gangguan. Selain pada waktu pagi, latihan juga boleh dilakukan sebelum makan pagi atau makan malam.

4 perkara penting dalam Hipnosis Diri Sendiri adalah:

  • Suasana yang Tenang
  • Persiapan Mental
  • Sikap Pasif
  • Kedudukan yang selesa

Ketika ada sedang memasuki "trace" (terhipnosis). Anda akan mengalami beberapa situasi berikut :

  • Suasana jiwa yang positif (hening, fikiran tenang)
  • Menyatu dengan lingkungan.
  • Ketidakmampuan untuk anda mengambarkan situasi yang anda alami dengan kata-kata.
  • Perubahan hubungan dengan ruang dan waktu.
  • Peningkatan daya indra akan reality dan makna.

Latihlah situasi "trace" ketika anda memiliki waktu yang terluang dan dalam keadaan tenang. Anda perlukan waktu untuk menguasai situasi trace dan menjadi kebiasaan dengan dunia baru yang menakjubkan.

  • Tubuh anda mungkin terasa ringan
  • Mungkin badan terasa berat
  • Anda mungkin seperti sedang bermimpi
  • Mata anda mungkin akan berkedip-kedip
  • Tubuh anda menjadi sejuk atau panas

Kesemua keadaan tersebut tidak sama sekali merbahaya.


 

Latihan Self-Hypnosis

Cara paling sederhana dalam melakukan self-hypnosis adalah:

Melakukan ketegangan dan relaksi otok-otok secara sistematik supaya anda boleh membezakan dan mengendalikan respon tersebut.

Latihan:

  • Pastikan bibir mulut sedikit terbuka
  • Jaga pernafasan supaya teratur, dalam dan halus
  • Sandarkan kepala anda supaya tidak terhayung ke depan dan kebelakang
  • Tarik nafas panjang dan tahan selama 8 detik dan hembuskan perlahan-lahan.
  • Ulangi sekali lagi sambil tutup mata
  • Pusatkan fikiran anda di tangan kanan, dan kepalkan tangan anda dengan KUAT, tahan selama beberapa detik
  • Kemudian lepaskan dan buka telapak tangan anda.
  • Keluarkan kesemua ketegangan
  • Saat mengendurkan kepalan tangan, anda akan terasa gatal. Ini adalah ketegangan yang dilepaskan dari otok.
  • Perhatikan perbezaan pada tangan kanan semasa anda merengangkannya dengan apa yang anda rasakan sekarang.
  • Lakukan cara ini untuk tangan kiri anda.
  • Naikkan alis mata anda setinggi yang mungkin dan tahan selama 5 detik, LEPAS kan dan RELEKS.
  • Dekatkan kedua alis mata anda, tahan 5 detik dan lepaskan
  • PEjamkan mata rapat-rapat sambil mengerutkan hidung anda selama 5 detik dan lepaskan
  • Rapatkan gigi anda selama 5 detik dan lepaskan
  • Tekan dagu anda ke arah dada sambil menekan kepala anda di belakang, tahan 5 detik dan lepaskan
  • Lengkungkan punggung anda ke depan, menjauhi dari sandaran kursi, tahan 5 detik dan lepaskan.
  • Rengangkan otot bisep lengan kanan anda, tahan 5 detik dan lepaskan
  • Ulang untuk otok kiri
  • Sekarang rengangkan semua otot pada kedua lenagan anda, tahan 5 detik dan lepaskan.
  • Rengangkan otot-otot paha dengan menekan kedua lutut secara bersamaan, tahan 5 detik dan lepaskna.
  • Rengang otos betis kanan anda, tahan 5 detik dan lepaskan, ulang untuk betis kiri
  • Lengkungkan jari-jari kaki anda seperti mencengkam dan tahan 5 detik dan lepaskan.
  • Lakukan releksi pada betis dan paha sambil melakukan relaksi pada telapak tangan.


     

Sekarang biarkan rasa hangat, berat dan releks yang anda ciptakan mengalir ke seluruh tubuh anda, meresap ke dalam serat-serat otot anda. Periksa beberapa kawasan yang tegang dalam tubuh anda, sambil releks dan lakukan pemeriksaan pada semua otot tubuh yang telah anda rengangkan. Periksalah otot-otot yang belum di rengangkan.


 

Jika anda semakin mahir dengan latihan ini, tingkatkan waktu perengangan dari 5 detik kepada 10 detik.


 


 

Sunday, March 18, 2007

Hidup Hanya Sekali

Jangan kesal dengan masalah yang kamu hadapai dalam hidup, dugaan dan cabaran untuk menguji ketabahan dan keimanan kita. Tanpa dugaan tidak ada kenikmatan dalam hidup. Kemenangan tidak akan dicapai tanpa ada kegagalan...